Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Permanent URI for this collection
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Browse
Browsing Fakulti Pengajian Bahasa Utama by Subject "Language and Languages--Study and teaching"
Results Per Page
Sort Options
-
Itemاستراتيجية تعلم اللغة العربية لدى طلبة السنة الثالثة بقسم اللغة العربية، جامعة العلوم الإسلامية الماليزية وجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا للعام الدارسي 2008/2009( 2010-06-16) Rafidah binti Safwan ; رفيدة بنت صفوانStrategi pembelajaran merupakan cara yang digunakan pelajar untuk mempertingkatkan pembelajaran mereka. Strategi sangat penting dalam pembelajaran bahasa kerana ia merupakan medium untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Kesesuaian dalam penggunaan strategi pembelajaran bahasa memberi kesan dalam meningkatkan keyakinan dan kemahiran diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi yang digunakan pelajar-pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada strategi pembelajaran secara tidak langsung yang terdiri daripada strategi Metakognitif, Emosi dan Sosial memberi kesan kepada pembelajaran pelajar atau tidak. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Iventori Strategi untuk Pembelajaran Bahasa (SILL) yang terkenal dengan enam strategi pembelajaran bahasanya. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar menggunakan kesemua strategi ini, tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai strategi yang mesti digunakan sewaktu mempelajari Bahasa Arab. Kajian juga mendapati bahawa pelajar-pelajar lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran secara tidak langsung berbanding dengan strategi pembelajaran sewa langsung. Oleh kerana strategi secara langsung berkait rapat dengan empat kemahiran utama pembelajaran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur, pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar kurang menggunakan keempat-empat kemahiran bahasa ini.