استراتيجية تعلم اللغة العربية لدى طلبة السنة الثالثة بقسم اللغة العربية، جامعة العلوم الإسلامية الماليزية وجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا للعام الدارسي 2008/2009

Thumbnail Image
Date
2010-06-16
Authors
Rafidah binti Safwan
رفيدة بنت صفوان
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Strategi pembelajaran merupakan cara yang digunakan pelajar untuk mempertingkatkan pembelajaran mereka. Strategi sangat penting dalam pembelajaran bahasa kerana ia merupakan medium untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Kesesuaian dalam penggunaan strategi pembelajaran bahasa memberi kesan dalam meningkatkan keyakinan dan kemahiran diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi yang digunakan pelajar-pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada strategi pembelajaran secara tidak langsung yang terdiri daripada strategi Metakognitif, Emosi dan Sosial memberi kesan kepada pembelajaran pelajar atau tidak. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Iventori Strategi untuk Pembelajaran Bahasa (SILL) yang terkenal dengan enam strategi pembelajaran bahasanya. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar menggunakan kesemua strategi ini, tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai strategi yang mesti digunakan sewaktu mempelajari Bahasa Arab. Kajian juga mendapati bahawa pelajar-pelajar lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran secara tidak langsung berbanding dengan strategi pembelajaran sewa langsung. Oleh kerana strategi secara langsung berkait rapat dengan empat kemahiran utama pembelajaran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur, pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar kurang menggunakan keempat-empat kemahiran bahasa ini.
Description
Keywords
tes FPBU 2009, Language and Languages--Study and teaching, Language and education
Citation