اللغة العربية السياحة: دراسة لدى مرشدي السياح في كوالا لمبور

Thumbnail Image
Date
2010-06-16
Authors
Shakirah Sallehuddin
شاكرة بنت صالح الدين
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui masalah-masalah di kalangan pemandu pelancong dalam penggunaan Bahasa Arab dan untuk mengetahui kepentingan Bahasa Arab dalam bidang pelancongan di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini juga mengutarakan cadangan dan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pemandu pelancong di Kuala Lumpur dalam menggunakan Bahasa Arab dan dalam meningkatkan tahap kemahiran berkomunikasi dengan pelancong-pelancong Arab. Penyelidik berpendapat bahawa kelemahan dalam pengguasan Bahasa Arab di kalangan pemandu pelancong menyebabkan kegagalan dalam komunikasi di antara pemandu pelancong dan pelancong arab. Dan ketidakfahaman antara mereka adalah di sebabkan bahasa dan budaya yang berbeza. Selain itu, kekurangan material Bahasa Arab di persekitaran mereka menghadkan lagi penguasaan mereka dalam Bahasa Arab seperti kekurangan suasana arab itu sendiri di Kuala Lumpur. Penyelidik menggunakan dua kaedah kajian untuk mengumpul maklumat iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Penyelidik telah memilih buku-buku, artikel-artikel dan kajian-kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pemandu pelancong di sekitar Kuala Lumpur berada di tahap yang sederhana dan rendah dalam penguasaan Bahasa Arab. Dan kebanyakan mereka tidak memahami Bahasa Arab dengan lebih mendalam kerana bahasa tersebut bukan bahasa ibunda serta kurang menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Description
Keywords
tes FPBU 2009, Arabic language--Malaysia, Language and languages
Citation