A Study on the Law of Contempt in the Syariah Court
A Study on the Law of Contempt in the Syariah Court
Date
2010-07-20
Authors
Abdullah Bin Mukhti
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Di dalam projek ilmiah ini, penulis cuba mengkaji kewujudan, konsep dan perlaksanaan Undang-undang Penghinaan Mahkamah serta pentadbirannya terutama di Mahkamah Syariah. Penulis juga telah membuat kajian perbandingan berkaitan tajuk ini di antara Undang-undang Sivil dan juga Undang-undang Islam. Methodologi yang digunakan oleh penulis adalah kajian perpustakaan yang bermaksud bahawa penulis telah melakukan kajian melalui pembacaan buku, artikel, jurnal dan bahan-bahan yang berkaitan dengan projek ilmiah ini serta peruntukan-peruntukan atau statut-statut yang berkenaan sama ada yang telah dinyatakan di
dalam Undang-undang Sivil Malaysia ataupun Undang-undang Syariah. Hasil daripada kajian ini, penulis telah mengenalpasti beberapa kelemahan masih wujud di
dalam pentadbiran undang-undang mengenai Penghinaan Mahkamah di Mahkamah
Syariah walaupun Mahkarnah Syariah telah mengambil pakai prinsip undang-undang
mengenai Penghinaan Mahkamah daripada Undang-undang Inggeris. Penulis juga telah dapat meghubungkan beberapa konsep penghinaan dari segi perspektif Islam dengan penghinaan dari segi Undang-undang Sivil. Harapan penulis agar pembaca
akan dapat memahami dengan jelas konsep penghinaan mahkamah di Mahkamah Sivil dan di Mahkamah Syariah.
Description
Keywords
tes FSU 2007. A238,
Courts, Islamic--Malaysia,
Contempt of court--Malaysia