Kaunseling Kelompok

Thumbnail Image
Date
2011
Authors
Sapora Sipon
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Buku ini memberi tumpuan kepada beberapa tajuk khusus berkaitan kaunseling kelompok antaranya, definisi kaunseling kelompok di samping membincangkan keperluan dan matlamat kewujudan kelompok dan diikuti sejarah perkembangan kelompok. Jenis-jenis kelompok, prosedur perancangan kelompok dengan melihat tujuan, tempat, jangka masa, ahli-ahli dan sistem penilaiannya juga merupakan antara tajuk yang dibincangkan dalam buku ini. Seterusnya, perbincangan terperinci mengenai setiap peringkat yang terdapat dalam proses kaunseling iaitu peringkat pembentukan, peringkat transisi, peringkat bekeja dan peringkat penamatan. Selain itu, perbincangan juga turut menyasarkan kepada kemahiran asas kaunseling kelompok, ciri-ciri pemimpin atau ketua yang efektif, isu seperti kepimpinan, isu peserta, isu kerahsian, penilaian, isu psikologi, isu jantina dan isu etnik. Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan disertai dengan gambar yang bersesuaian. Amat sesuai untuk pelajar bidang kaunseling dari institusi pengajian tinggi, guru, kaunselor serta mereka yang ingin mengetahui mengenai kaunseling kelompok.
Description
Keywords
Group counseling, Counseling
Citation
Collections