Malay

Permanent URI for this collection

Malay

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 157
  • Item
    Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan Tinggi
    (Penerbit PKAUSIM, 2026) Syamila Mansor ; Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee ; Nur Ilyana Ismarau Tajuddin
    Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan Tinggi menghimpunkan pemikiran dan refleksi para akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam mendepani gelombang transformasi digital yang semakin pantas. Dalam era Revolusi Perindustrian 5.0, AI bukan lagi sekadar teknologi sokongan, tetapi telah menjadi rakan strategik dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan tadbir urus universiti. Buku ini menelusuri konsep asas dan evolusi AI, cabaran mahasiswa dalam era digital, aplikasi AI dalam pelbagai bidang ilmu, peranan pensyarah, serta dimensi etika, keselamatan dan maqasid syariah dalam penggunaannya. Setiap bab mengangkat persoalan penting: bagaimana teknologi canggih ini dapat dimanfaatkan tanpa mengorbankan nilai, adab dan kemanusiaan? Berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, karya ini menegaskan bahawa AI bukanlah pengganti insan, tetapi pelengkap kepada kebijaksanaan, empati dan tanggungjawab moral manusia. Dengan pendekatan yang seimbang antara inovasi dan nilai Islam, buku ini menjadi rujukan penting kepada pendidik, pelajar, pembuat dasar dan sesiapa sahaja yang ingin memahami masa depan pendidikan tinggi yang beretika dan berjiwa insan. Sebuah refleksi ilmiah yang bukan sekadar membincangkan teknologi, tetapi menegaskan kembali makna menjadi manusia dalam dunia digital.
  • Item
    Hubungan Etnik UTA 1062
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Paimah Atoma
    Modul ini ditulis untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang latar belakang dan perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Beberapa konsep berkaitan dengan masyarakat, budaya dan etnisiti disentuh supaya pelajar dapat menghubungkaitkannyadengan situasi semasa masyarakat Malaysia.
  • Item
    Kaunseling Dalam Islam - Ed. ke-2
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim ; Hanit Osman ; Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
    Buku ini bertujuan untuk untuk meneroka bidang dan mengisi kekosongan tersebut; iaitu meneliti unsur pertolongan dan kaunseling dalam bidang keagamaan Islam. Buku ini mendpati pengertian fitrah dan jati diri dalam islam boleh dijadikan panduan berguna kepada kaunselor dalam memahami manusia.
  • Item
    Dakwah Dalam Era Siber di Malaysia
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2010) Zulkiple Abd Ghani
    Buku ini mengupas fenomena persekitaran dakwah siber khususnya dalam konteks Malaysia yang sedang menuju kepada sebuah negara maju berasaskan acuan sendiri. Dakwah Berpandukan Komputer (DBK), laman sesawang, digital islam serta pembangunan budaya popular islam antara isu-isu yang dibincangkan. Buku ini sesuai untuk bacaan komuniti institusi pengajian tinggi dan juga masyarakat awam.
  • Item
    Al-Hakim Al-Naisaburi & Metodologi Penulisan Hadis Al-Mustadrak 'Ala Al-Sahihain
    (Universiti Sains Islam Malaysia, 2010) Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
    Buku ini bertujuan mengupas pelbagai isu berkaitan konsepsi dan metodologi al-Jakim dalam penerimaan hadis dan sejauh manakan ia diaplikasikan dalam penulisan al-Mustadrak. Disamping itu perbincangan mengenai biodata dan kreadibiliti al-Hakim turut dimuatkan selain penilaian sampel beberapa hadis terpilih yang terdapat di dalamnya. Ini bukan sahaja dapat memberikan satu gambaran yang komprehensif mengenai al-Hakim dan karyanya ini, bahkan dapat membuka jalan ke arah memahami dan memanfattkannya sebagaimana layaknya.