Yusuf Al-Qardawi dan Pengaruhnya Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia

Date
2012
Authors
Mohd Rumaizuddin Ghazali
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Yusuf Abdullah al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal pada abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek kontemporari yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau lebih dikenali sebagai Yusuf al-Qaradawi. Yusuf al-Qaradawi dilahirkan di negeri Gharbiah, Mesir pada 1926. Al-Qaradawi telah mengarang lebih 100 buah buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam. Buku-buku beliau sangat diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan buku-buku tersebut telah diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di samping itu, buku-buku tersebut dapat menjelaskan pemikiran dan sumbangannya kepada dunia ilmu dan dakwah.
Description
Keywords
Qaradawi, Yusuf, 1926, Ulama--Biography, Muslim scholars--Biography
Citation
Collections