Pemikiran Muhammad Al-Ghazali Dalam Bidang Al-Quran dan Al-Sunah

Thumbnail Image
Date
2012
Authors
Mohd Rumaizuddin Ghazali
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Muhammad al-Ghazali al-Saqa merupakan seorang tokoh ulama, sarjana dan pemikir Islam abad ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku dan empat daripadanya mengenai pemikiran tentang al- Quran sebagai penggerak kebangkitan umat. Buku-buku tersebut seperti Nazarat fi al-Qur'an, Mahawar al-Khamsah fi al-Qur'an Kayfa Nata'amal Ma 'a al-Qur'an dan Nahw TafSir al-Mawdu 'iyy. Pengalamannya lebih daripada 50 tahun yang dihabiskan atas pentas dakwah Islamiah perlulah digarap oleh generasi kini terutama mutiara-mutiara penulisannya. Pemikirannya yang bernas serta tajam menjadikannya sebaris dengan ulama-ulama besar untuk mengisi era kebangkitan Islam sejagat. Beliau begitu gigih dan berani dalam menyatakan kebenaran. Sejak tahun 1948, beliau teIah mengarang buku dalam bidang pemikiran. Buku yang pertama ialah al-Islam wa al-Awda' al-Iqtisadiyyah (Islam dan Kedudukan Ekonomi). Tulisan-tulisannya memberi semangat baru kepada kebangkitan umat Islam.
Description
Keywords
Muslim Scholars, Ulama
Citation
Collections