The Issue of Syariah: in the Implementation of Islamic Banking and Islamic Financial System in Malaysia
The Issue of Syariah: in the Implementation of Islamic Banking and Islamic Financial System in Malaysia
Date
2010-07-02
Authors
Kusairi Jawawi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sistem kewangan dan perbankan Islam adalah bidang yang amat menarik untuk
diperkatakan. Hal ini kerana ia merupakan realiti baru yang dipraktikkan semula sejak dua dekad yang lalu. Perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia, walaupun dalam usia yang masih muda berbanding dengan perlaksanaan di negara lain,
tetapi ia telah menampakkan kejayaan yang cemerlang sehingga dikagumi oleh negara-negara
luar. Walaupun ia telah diakui negara-negara Islam lain sebagai model untuk
masa hadapan namun terdapat pelbagai isu syariah yang telah timbul. Justeru itu,
penulisan ini meninjau beberapa isu syariah yang dihadapi oleh sistem kewangan dan
perbankan Islam di Malaysia yang berasaskan kepada prinsip-prinsip mu'amalah Islam.
Turut dikemukakan ialah konsep syariah, sumber undang-undang syariah, dan prinsip-prinsip
syariah yang dilaksanakan oleh sistem kewangan dan perbankan Islam di
Malaysia.
Description
Keywords
tes FSU 2004 .K873,
Banks and banking--Religious aspects--Islam,
Islam--Economic aspects