The Appointment and Functions of Hakam (Arbitrator) in Islamic Family Law: A Case Study in Malacca
The Appointment and Functions of Hakam (Arbitrator) in Islamic Family Law: A Case Study in Malacca
Date
2010-06-23
Authors
Sharaliza Talim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Menurut kajian, manusia memang memerlukan tempat bergantung untuk mencari
penyelesaian terutama sekali apabila berhadapan dengan konflik antara individu.
Kajian ini merupakan satu kajian tentang perlantikan dan fungsi hakam di dalam
membantu menyelesaikan konflik pasangan suami isteri. Kajian ini bertujuan
antaranya untuk memberi gambaran yang jelas berkaitan konsep perlaksanaan hakam
dan segala syarat yang diperlukan. Ia juga untuk mengenalpasti bagaimana langkah
terbaik agar hakam ini dapat diaplikasikan dan mencapai objektif yang disasarkan.
Sementara itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perlaksanaan hakam ditempat kajian kes dan permasalahan yang timbul. Untuk memperolehi data dan
maklumat, beberapa kaedah kajian telah digunakan. Diantaranya ialah melalui
temuramah secara personal dengan pihak yang terlibat di dalam
mengimplementasikan sistem hakam di negeri Melaka. Selain itu, melalui
pemerhatian dan pemerolehan data dari pihak yang berkuasa. Hasil dari kajian
mendapati bahawa peri pengtingnya hakam ini wujud di dalam membantu
mengurangkan kadar percerain. Ia dapat dibuktikan bahawa perlaksanaan hakam
memberi ruang kepada pasangan suarni isteri untuk membuat pertimbangan dan
keputusan sewajarnya. Ini dapat mengelakkan ketidakpuasan hati dibelakang hari
kelak. Dapatan dari hasil kajian telah menunjukkan reaksi positif ke atas penggunaan
hakam ini sebagai wadah untuk membantu mengurangkan kadar kes perceraian dan
mengurangkan beban kerja di mahkamah syariah.
Description
Keywords
tes FSU 2004 .S538,
Family--Islamic law,
Arbitrators