USIM Books
Permanent URI for this community
USIM Books
Browse
Browsing USIM Books by Title
Results Per Page
Sort Options
-
Item40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah(Ulum Hadis Research Centre, 2020) Ahmad Sanusi AzmiSegala puji bagi Allah dengan limpah rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini menghimpunkan 40 Hadis yang dilihat mempunyai pengajaran dalam perkara yang melibatkan dakwah dan tarbiah. Kebanyakan hadis dipilih berdasarkan kandungannya yang disampaikan dalam bentuk penceritaan. Ini bagi memudahkan pembaca memahami serta mengingati mesej yang ingin disampaikan. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (yang mana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga bermanfaat.
-
Item40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan(Ulum Hadis Research Centre, 2020) Ahmad Sanusi AzmiKeghairahan dan kerakusan manusia dalam mengejar kuasa menjadikan mereka tergelincir dari landasan yang digariskan oleh syarak. Kekeliruan pemikiran moden seperti liberalisme dan sekularisme telah mengaburi neraca pertimbangan manusia. Kerangka pemikiran yang dibentuk melalui pertimbangan akal dan nafsu telah membenam asas maqasid yang direncanakan oleh syarak. Justeru, penghasilan karya yang menghimpunkan 40 Hadis berkaitan Politik dan Kepimpinan ini diharap dapat memberi sedikit panduan berhubung kuasa dan pemerintahan seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga bermanfaat.
-
Item40 Hadis tentang wabak penyakit(Ulum Hadith Research Centre Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) Ahmad Sanusi AzmiSegala puji bagi Allah dengan segala rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitab yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan dibahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan kedudukan hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (dimana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak karya ini.
-
Item7 Langkah Kepulihan Dalam Penagihan: Panduan Untuk Pembimbing(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Abd. Halim Mohd Hussin ; Muhammad Khairi MahyuddinBuku ini diterbitkan sebagai panduan untuk penaja yang juga merupakan pembimbing untuk membantu ahli atau individu yang menjalani proses rawatan dan kepulihan ke arah kepulihan penuh. Antara langkah yang di kupas dalam pendekatan pskospiritual ini ialah penerimaan diri, penyerahan kepada Allah, mengenal diri dan lain-lain lagi.
-
Item95 Multiple Choice Questions: Obstetrics & Gynaecology for Undergraduates(Universiti Sains Islam Malaysia, 2013) Salleha Khalid
-
ItemAbd al-Qadir al-Jilani: His Method of Islamic Da'wah (mission)(Islamic University College of Malaysia, 2002) Abdullah Muhammad Zin, Prof. Dato' Dr.It is widely believed today that the Islamic da'wah movement began as a late reaction against western colonialism in Muslim countries. But a through study in the field of movement in Islam must run deeper into history than the nineteenth century. One becomes aware that much of what is recognized as da'wah activity and methodology today are to be found in the eleventh and twelth centuries, the time of Shaykh Abd al-Qadir al-Jilani,who was born in Jilan, a district in Iran, in 470 A.H./1077 A.D. and who died in Baghdad in 561 A.H/1166 A.D..
-
ItemAbhas fi Qadaya Fiqhiah Mu'sarah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2004) Faridah Sadiq Zouzou
-
ItemAdwa' 'Ala al-Tajribah al-Tanmawiyah al-Maliziya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2009) El-Sharif. Mohamed Sharif Bashir
-
ItemAgama-Agama di Dunia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Mohd Rosmizi Abd Rahman ; Mohd Rosmizi Abd Rahman ; Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ; Marina Munira Abdul Mutalib ; Roslizawati Mohd RamlyBuku ini memberikan satu gambaran dan pendedahan awal tentang kewujudan sesebuah agama, sejarah perkembangan, pengasas atau rasul yang membawa utusan, kitab-kitab suci, amalan dan kepercayaan sesebuah agama, dan upacara keagamaan atau ritual bagi agama-agama menurut sudut pandang sesebuah agama yang dibincangkan.
-
ItemAkauntabiliti Sebagai Mahasiswa Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2007) Zulkifli Mohamad AlbakriBuku yang bertajuk akauntabiliti sebagai mahasiswa islam di kemukakan untuk menambahkan lagi koleksi ilmiah khususnya kepada mahasiswa bagi memantapkan takrif serta pengenalan adab penuntut ilmu mengikut acuan syarak di samping mengenali buku dalam pelbagai disiplin ilmu. buku ini juga mengemukakan sifat-sifat yang sewajarnya dihiasi oleh pelajar ilmu dan juga menjauhi segala sifat mazmumah. Penulis menyebut sifat yang sepatutnya ada pada mahasiswa. Antaranya: (a)sentiasa berada dalam keadaan berzikir dan meminta pelindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan membaca Bismillahirramanirrahim dan memohon pertolongan dari Allah. Dia hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran, mengulangkaji dan kemudiannya bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang tenang, menerima keputusan dengan mengucap Bismillah, bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan jangan bersedih dan menyempitkan perasaan jika gagal.(b) Pelajar perempuan Islam hendaklah menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Isalm. Dia hendaklah menjaga diri dari tempat yang menimbulkan keraguan dan pencapuran, tidak meninggikan suara dan tidak bersifat dengan semua sifat yang tidak layak bagi pelajar Islam.Seterusnya buku ini melebarkan perbincangan berkenaan dengan pelbagai disiplin ilmu sebagai khazanah ilmiah untuk mahasiswa Islam. Semoga ia dapat melonjakkan motivasi dan prestasi pelajar untuk menuju ke gerbang jaya.
-
ItemAkidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2012) Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali ; Mohamad Nasrin Mohamad Nasir ; Muhammad Yusuf Khalid ; Mohd Rushdan Mohd JailaniBuku ini adalah himpunan beberapa artikel terpilih yang telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama 2011 (SIGMA2011)yang bertempat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia. Terdapat 12 tajuk istimewa yang telah dimuatkan dalam buku ini yang merangkumi perbahasan berkenaan sejarah, metodologi dan isu-isu semasa yang berkaitan perkembangan akidah ahl al-sunnah wa al-jamaah di Malaysia seperti cabaran Kristianisasi, Feminisme, fahaman pluralisme agama, isu ayat mutashabihat, toleransi antara agama dan pelbagai cabaran lain. Para penulis artikel ilmiah ini merupakan para sarjana tempatan dan antarabangsa.
-
ItemAkidah dan Pembangunan Tamadun(Kolej Universiti Islam Malaysia, 2006) Mohd Radhi IbrahimPerbahasan dalam buku ini disediakan dalam bentuk yang sederhana, bertujuan agar kandungannya dapat dihayati pelbagai masyarakat.Ia adalah bersesuaian dengan tujuan utama buku ini dihasilkan iaitu untuk menzahirkan aspek praktikal dalam akidah islam.Karya ini mengandungi artikel yang disusun berdasarkan tiga tema iaitu akidah dan pendidikan, akidah dan masyarakat serta akidah dan pembangunan tamadun. Artikel-artikel tersebut adalah hasil karya penulis yang diubahsuai dari kertas kerja seninar dan bab dalam buku.Tujuam penulis ini adalah untuk menyerlahkan kesinambungan pemikiran yang difikirkan wajar dikonsi bersama, seterusnya dapat memberikan sedikit sumbangan terhadap penghayatan ajaran islam yang kita cintai ini.
-
ItemAkidah dan Pembangunan Tamadun(Kolej Universiti Islam Malaysia, 2006) Mohd Radhi IbrahimPerbahasan dalam buku ini disediakan dalam bentuk yang sederhana, bertujuan agar kandungannya dapat dihayati pelbagai masyarakat.Ia adalah bersesuaian dengan tujuan utama buku ini dihasilkan iaitu untuk menzahirkan aspek praktikal dalam akidah islam.Karya ini mengandungi artikel yang disusun berdasarkan tiga tema iaitu akidah dan pendidikan, akidah dan masyarakat serta akidah dan pembangunan tamadun. Artikel-artikel tersebut adalah hasil karya penulis yang diubahsuai dari kertas kerja seninar dan bab dalam buku.Tujuam penulis ini adalah untuk menyerlahkan kesinambungan pemikiran yang difikirkan wajar dikonsi bersama, seterusnya dapat memberikan sedikit sumbangan terhadap penghayatan ajaran islam yang kita cintai ini.
-
ItemAkidah Islam(Penerbit USIM, 2012) Mohd Radhi Ibrahim ; Kamaluddin Nurdin MarjuniUnit ini menjelaskan berkenaan faktor pengukuhan akidah yang perlu dilakukan oleh setiap individu Muslim berdasarkan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah. Penghayatan terhadap bacaan dan tindakan semasa menunaikan ibadat solat merupakan faktor utama pengukuhan akidah. Kemuncak pengukuhan ini ialah apabila individu dikurniakan rasa khusyuk oleh Allah SWT dalam solatnya. Jalan kedua ialah melalui penelitian dan berfikir terhadap alam semesta ciptaan Allah SWT. Melalui penelitian terhadap alam manusia akan melihat kehebatan alam seterusnya merasakan keagungan pencipta alam tersebut iaitu Allah SWT.
-
ItemAl Mazhab Al Akai'diyyah Al Islamiyyah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Kamaluddin Nurdin Marjuni
-
ItemAl- Hadis al-Makki wal Madani-Ma'lim wa Dawabid(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Abdoul Karim Toure
-
ItemAl-Asar al-Waridah an 'Umar bin Khattab fi-al-Buyu': Dirasah Tahliliyah fi Dau'i al-Iqtisad al-Mua'sir(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) Kabir Goje
-
ItemAl-Fikru As-Sufi Bayna As-Syatibi Wa Ibnu Khaldun(Universiti Sains Islam Malaysia, 2012) Mahyudin Bin Hashim
-
ItemAl-Hakim Al-Naisaburi & Metodologi Penulisan Hadis Al-Mustadrak 'Ala Al-Sahihain(Universiti Sains Islam Malaysia, 2010) Muhammad Mustaqim Mohd ZarifBuku ini bertujuan mengupas pelbagai isu berkaitan konsepsi dan metodologi al-Jakim dalam penerimaan hadis dan sejauh manakan ia diaplikasikan dalam penulisan al-Mustadrak. Disamping itu perbincangan mengenai biodata dan kreadibiliti al-Hakim turut dimuatkan selain penilaian sampel beberapa hadis terpilih yang terdapat di dalamnya. Ini bukan sahaja dapat memberikan satu gambaran yang komprehensif mengenai al-Hakim dan karyanya ini, bahkan dapat membuka jalan ke arah memahami dan memanfattkannya sebagaimana layaknya.
-
ItemAl-Khitabah Nayna al-Ilmi al-Nazary Wa al-Fanni al-Tatbiqy(Universiti Sains Islam Malaysia, 2005) Abd Rahim Arsyad