40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah
40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah
Date
2020
Authors
Ahmad Sanusi Azmi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Ulum Hadis Research Centre
Abstract
Segala puji bagi Allah dengan limpah rahmatNya karya ini berjaya
dihasilkan. Buku kecil ini menghimpunkan 40 Hadis yang dilihat
mempunyai pengajaran dalam perkara yang melibatkan dakwah dan
tarbiah. Kebanyakan hadis dipilih berdasarkan kandungannya yang
disampaikan dalam bentuk penceritaan. Ini bagi memudahkan pembaca
memahami serta mengingati mesej yang ingin disampaikan.
Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada
kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada
sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan,
disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari
aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi
(rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam
rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian
terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim
tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun
menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada
selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis
tersebut.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor
serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (yang mana keduanya mempunyai kepakaran
dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta
memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri
tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja
domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga
bermanfaat.
Description
Keywords
Dakwah,
Hadith