Photos
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Photos by Title
Results Per Page
Sort Options
-
ItemAhli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) KUIM 2005( 2005-03-09)Barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) KUIM 2005 diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin.
-
ItemBengkel Penggubalan Kurikulum Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kumpulan Sokongan KUIM( 2005-04-29)Pada 29 April hingga 1 Mei 2005 telah diadakan Bengkel Penggubalan Kurikulum Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kumpulan Sokongan KUIM. Bengkel 3 hari ni bertempat di Allson Klana Resort, Seremban dan diketuai oleh Tuan Haji Adeenan Haji Abd. Rahman, Pendaftar KUIM.
-
ItemBengkel Penulisan Dan Penyelidikan 2001( 2001-05-03)Buat julung kalinya, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menganjurkan sesi Bengkel Penulisan Dan Penyelidikan pada 3 dan 4 Mei 2001 bertempat di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Program ini dirasmikan oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, turut disertai oleh Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah serta urus setia dari kalangan staf KUIM.
-
ItemBengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM( 2001-07-16)Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM pada 16 dan 17 Julai 2001 bertempat di Maluri Value Inn, Kuala Lumpur. Bengkel dua hari ini bertujuan untuk menghasilkan cadangan pelan susun atur kampus tetap KUIM yang bakal dibangunkan di daerah Nilai, Negeri Sembilan.
-
ItemKembara Eksplorasi Buya Hamka 2024( 2024-02-21)Pada 21 hingga 27 Februari 2024, Kelab Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) telah menjalankan aktiviti Kembara Eksplorasi Buya Hamka di Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia. Rombongan seramai 13 orang pelajar ini telah diiringi oleh Puan Rozana Kamdani, Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Cawangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.
-
ItemKonvensyen Kehakiman Dan Guaman Syarie 2005( 2005-09-13)Pada 13 dan 14 September 2005, telah berlangsung Konvensyen Kehakiman Dan Guaman Syarie bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA. Program ini merupakan anjuran bersama Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, KUIM dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Abdullah Md. Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
-
ItemKunjungan Hormat INFAD Ke Jabatan Mufti Negeri Johor( 2005-04-20)Pada 20 April 2005, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Johor. Rombongan lawatan telah diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa bersama para pensyarah dan penolong pendaftar. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Mufti Negeri Johor, YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Nooh Gadot.
-
ItemKunjungan Hormat INFAD Ke Jabatan Mufti Negeri Melaka( 2005-02-26)Pada 26 Februari 2005, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Melaka, bertempat di Jalan Bukit Palah, Melaka. Rombongan lawatan telah diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa bersama para pensyarah dan penolong pendaftar. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Mufti Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Rashid Redza Hj. Md. Saleh.
-
ItemKunjungan Hormat INFAD Ke Jabatan Mufti Negeri Perak( 2005-01-12)Pada 12 Januari 2005, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Perak, di Ipoh, Perak. Kunjungan kali ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Abdul Samat Musa bersama para pensyarah dan penolong pendaftar. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Mufti Negeri Perak, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Seri Harussani Zakaria.
-
ItemKursus Asas Pengurusan Perpustakaan Bagi Pembantu Perpustakaan( 2009-11-23)Pada tarikh 23 dan 24 November 2009 telah diadakan sesi Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan Bagi Pembantu Perpustakaan. Kursus ini dianjurkan oleh Perpustakaan USIM dengan kerjasama Unit Latihan USIM bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan USIM.
-
ItemLawatan Ahli MPU Ke Tapak Projek Kampus Tetap Nilai( 2002-11-29)Pada 29 November 2002, telah diadakan sesi lawatan Ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) ke tapak projek kampus tetap KUIM di Nilai. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Rektor (Hal-Ehwal Pelajar & Pembangunan), Prof. Dr. Mohammad Haji Alias.
-
ItemLawatan Menteri Besar Negeri Sembilan Ke Tapak Kampus Tetap KUIM( 2005-04-08)Pada 8 April 2005, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan telah melawat tapak kampus tetap KUIM di Nilai. Lawatan beliau disambut oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti serta staf KUIM.
-
ItemMajlis Ikrar Dan Menandatangani Akujanji Kakitangan KUIM 2002( 2002-02-04)Pada hari Isnin, 4 Februari 2002 telah diadakan Majlis Ikrar dan Menandatangani Akujanji Kakitangan KUIM. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Timbalan Rektor KUIM Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah dan kakitangan KUIM.
-
ItemMajlis Ikrar Kumpulan Pertama Pelajar KUIM( 2000-06-24)Pada 24 Jun 2000 telah diadakan majlis ikrar kumpulan pertama pelajar KUIM. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir dengan disaksikan bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, serta pegawai-pegawai kanan KUIM.
-
ItemMajlis Jasamu Dikenang Prof. Dato' Dr. Abdullah Muhammad Zin( 2004-06-08)Pada tarikh 8 Jun 2004, bertempat di Bilik Dewan Kuliah 3, Kampus Pandan Indah telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan YB. Prof. Dato' Dr. Abdullah Muhammad Zin, Timbalan Rektor KUIM. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, pegawai-pegawai kanan serta para pensyarah dan kakitangan KUIM.
-
ItemMajlis Konvokesyen Kedua KUIM( 2004-08-21)Pada 21 Ogos 2004, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Kedua KUIM bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pada majlis konvokesyen kali ini, KUIM telah menganugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kepada 529 graduan bagi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman, Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam.
-
ItemMajlis Konvokesyen Ketiga KUIM( 2005-08-20)Pada 20 Ogos 2005, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Ketiga KUIM bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pada majlis konvokesyen kali ini, KUIM telah menganugerahkan 1 ijazah Sarjana Syariah dan Kehakiman dan 373 ijazah sarjana muda dengan kepujian kepada para graduan bagi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman, Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam.
-
ItemMajlis Konvokesyen Pertama KUIM( 2003-08-09)Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menempa sejarah pada 9 Ogos 2003 kerana buat julung kalinya melahirkan graduan sulung bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pada majlis konvokesyen ini, KUIM telah menganugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kepada 236 graduan sulung bagi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman, Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam.
-
ItemMajlis Menandatangani Perjanjian Kampus Tetap KUIM( 2004-10-11)Pada 11 Oktober 2004 telah diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kampus Tetap KUIM. Majlis telah dipengerusikan oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin.
-
ItemMajlis Perasmian Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)( 2003-05-26)Majlis perasmian Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) telah berlangsung pada 26 Mei 2003 bertempat di Palace of Golden Horses Hotel, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Brigadier Jeneral (B) Dato' Seri Abdul Hamid Hj. Zainal Abidin.