Photos
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Photos by Issue Date
Results Per Page
Sort Options
-
ItemMemorandum persefahaman (MoU) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan KUIM dan Institut Profesional Baitulmal (IPB)( 2000-05-05)Pada 5 Mei 2000, satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan KUIM dan Institut Profesional Baitulmal (IPB). MoU berkaitan sewaan bangunan bagi operasi KUIM tersebut ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman yang mewakili MAIWP, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin mewakili KUIM manakala IPB diwakili pengerusinya Tan Sri Hanafiah Ahmad. Turut hadir ke majlis ini Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Dato' Dr. Yusof Noor.
-
ItemPendaftaran Kumpulan Pertama Pelajar KUIM( 2000-06-18)Pendaftaran kumpulan pertama pelajar KUIM pada 18 Jun 2000 bertempat di Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur. Seramai 255 orang pelajar telah mendaftar mengikut pilihan tiga fakulti yang ada iaitu Fakulti Syariah Dan Kehakiman, Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah dan Fakulti Dakwah Dan Pengurusan Islam.
-
ItemAhli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Pengurusan KUIM Pertama( 2000-06-18)Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Pengurusan KUIM yang pertama pada tahun 2000
-
ItemMajlis Ikrar Kumpulan Pertama Pelajar KUIM( 2000-06-24)Pada 24 Jun 2000 telah diadakan majlis ikrar kumpulan pertama pelajar KUIM. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir dengan disaksikan bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Dato' Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, serta pegawai-pegawai kanan KUIM.
-
ItemLawatan Kumpulan Pelajar Sulung KUIM Ke Putrajaya( 2000-07-14)Pada 14 Julai 2000, kumpulan pelajar sulung KUIM telah menyertai sesi lawatan sambil belajar ke Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran bagi kerajaan persekutuan Malaysia.
-
ItemMajlis Pelancaran Logo Rasmi KUIM( 2000-07-24)Pada 24 Julai 2000, telah berlangsung Majlis Pelancaran Logo Rasmi Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) bertempat di Menara IPB, Kuala Lumpur. Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Dato' Dr. Yusof Noor, dan turut disaksikan bersama Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin serta para pegawai KUIM.
-
ItemKejohanan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia 2000( 2000-11-06)Pada 6 hingga 11 November 2000, buat pertama kalinya KUIM telah menyertai Kejohanan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia anjuran Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebanyak 3 pasukan mewakili KUIM terdiri daripada satu pasukan senior dan dua pasukan junior pada kejohanan kali ini.
-
ItemMajlis Percambahan Fikiran Mengenai Peranan Dan Masa Depan KUIM( 2001-03-10)Pada 10 Mac 2001, telah berlangsung Majlis Percambahan Fikiran Mengenai Peranan Dan Masa Depan KUIM di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ahli akademik serta kumpulan pengurusan dan profesional untuk memberi pandangan dan input bagi memastikan misi KUIM sebagai sebuah universiti yang terkehadapan dalam bidang pengajian dan penyelidikan Islam di rantau ini tercapai. Turut hadir ke majlis ini antaranya Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin.
-
ItemBengkel Permasalahan Kemasukan Pelajar Aliran Agama Ke IPTA Malaysia( 2001-03-15)Pada 15 Mac 2001, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menganjurkan sesi Bengkel Permasalahan Kemasukan Pelajar Aliran Agama Ke IPTA Malaysia bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir yang mewakili Menteri Pendidikan, Tan Seri Dato' Seri Musa Mohamad. Turut hadir Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin.
-
ItemBengkel Penulisan Dan Penyelidikan 2001( 2001-05-03)Buat julung kalinya, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menganjurkan sesi Bengkel Penulisan Dan Penyelidikan pada 3 dan 4 Mei 2001 bertempat di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Program ini dirasmikan oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, turut disertai oleh Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah serta urus setia dari kalangan staf KUIM.
-
ItemSambutan Ulang Tahun Pertama KUIM( 2001-06-30)Pada 30 Jun 2001 telah berlangsung majlis sambutan ulang tahun KUIM yang pertama. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Dato' Dr. Yusof Noor disambut oleh Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah serta staf KUIM.
-
ItemBengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM( 2001-07-16)Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM pada 16 dan 17 Julai 2001 bertempat di Maluri Value Inn, Kuala Lumpur. Bengkel dua hari ini bertujuan untuk menghasilkan cadangan pelan susun atur kampus tetap KUIM yang bakal dibangunkan di daerah Nilai, Negeri Sembilan.
-
ItemLarian Sukan SEA Ke-XXI 2001( 2001-08-08)Pada 8 Ogos 2001, staf dan pelajar KUIM telah sama-sama menyertai acara Larian Sukan SEA ke-XXI peringkat Ampang Jaya. Acara penyalaan obor Sukan SEA telah diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang Jaya, Datuk Ong Tee Keat.
-
ItemPertandingan Pidato Peringkat Fakulti 2001( 2001-08-19)Pada 19 Ogos 2001, buat julung kalinya telah diadakan Pertandingan Pidato Peringkat Fakulti anjuran Pasukan Debat KUIM. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu pendebat dalam kalangan pelajar KUIM yang bakal mewakili universiti ke peringkat lebih tinggi. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Amin Haji Salih, Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
-
ItemSeminar Mahasiswa Cemerlang( 2001-11-10)Seminar Mahasiswa Cemerlang ini dianjurkan untuk semua pelajar KUIM bagi sesi 2001/2002 pada 10 November 2001 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Seminar sehari yang bertemakan "Menjana Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan" ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama kepada Y.A.B Perdana Menteri. Antara isu yang telah diperbincangkan dalam seminar ini berkaitan dengan minat, kecenderungan serta persediaan kerjaya para pelajar.
-
ItemPemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIM Yang Pertama( 2001-11-26)Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIM yang pertama bagi Sesi 2001/2002 telah berlangsung pada 26 November 2001. Proses pengundian telah berjalan lancar sepanjang tempoh 5 jam bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada tepat jam 2.00 petang. Proses pengiraan undi telah dijalankan mulai jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Peratusan pelajar yang keluar mengundi direkodkan sebanyak 97.4% daripada 805 pelajar berdaftar.
-
ItemMajlis Ikrar Dan Menandatangani Akujanji Kakitangan KUIM 2002( 2002-02-04)Pada hari Isnin, 4 Februari 2002 telah diadakan Majlis Ikrar dan Menandatangani Akujanji Kakitangan KUIM. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM Dato' Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Timbalan Rektor KUIM Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah dan kakitangan KUIM.
-
ItemLawatan Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri Ke KUIM( 2002-06-25)Pada 25 Jun 2002, KUIM telah menerima lawatan YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan kerjasama antara Jabatan Perdana Menteri dan KUIM. Turut serta menyambut lawatan tersebut adalah Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Timbalan Rektor KUIM Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah dan kakitangan KUIM.
-
ItemBas Baharu KUIM( 2002-07-01)Pada 1 Julai 2002, KUIM menerima unit bas baharu untuk kegunaan warga universiti. Turut hadir menerima kenderaan rasmi universiti ini, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin bersama para pegawai dan pelajar.
-
ItemPerasmian Sambutan Bulan Membaca Julai 2002( 2002-07-01)Pada 1 Julai 2002 telah berlangsung acara perasmian Sambutan Bulan Membaca Julai 2002 bertempat di Perpustakaan KUIM. Majlis telah dirasmikan oleh Rektor KUIM, YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Turut hadir Ketua Pustakawan, Encik Jasmin Jaimon bersama para pustakawan, pembantu perpustakaan, staf akademik, staf pentadbiran dan para pelajar. Sambutan kali ini bertemakan "baca@gayahidup" bertujuan untuk memupuk tabiat membaca sebagai gaya hidup seharian dalam kalangan warga KUIM.