Lecturer's Notes
Permanent URI for this collection
Lecturer's Notes
Browse
Browsing Lecturer's Notes by Subject "Student counselors--Malaysia"
Results Per Page
Sort Options
-
ItemKepimpinan Profesional Kaunselor Sekolah - Realiti atau Mitos( 2010-01-20) Sapora SiponKaunselor sekolah berperanan besar dalam agenda pendidikan negara. Kaunselor sekolah dilihat sebagai salah satu agen utama dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Perlantikan kaunselor sekolah sepenuh masa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sudah cukup membuktikan bahawa peranan kaunselor sekolah tidak boleh dipandang ringan sekiranya negara ingin rnenjadikan Wawasan 2020 satu realiti. Lantaran itu, tahap keprofesionalisma kaunselor sekolah perlu dititikberatkan memandangkan kaunselor sekolah perlu bergerak seiring dengan kemajuan pendidikan dalam arus perkembangan teknologi canggih, perubahan pesat sosio-ekonomi dan berbagai lagi. Kesemua ini menuntut kaunselor sekolah supaya sentiasa memantapkan diri supaya tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan. Dalam usaha melahirkan kaunselor yang profesional dan mahir, beberapa perkara perlu diambil kira. Antara lainnya ialah latihan kaunseling yang mantap, sahsiah dan peribadi kaunselor yang unggul. Kertas ke qa ini mempunyai objektif yang berbagai. Antaranya ialah melihat komponen utama dalam pembentukan keprofesionalisma kaunselor sekolah. Disamping itu kertas ke ja ini juga melihat pennasalahan-pennasalahan kaunselor sekolah dalam merealisasikan tahap keprofesionalisme yang tinggi. Kertas kerja ini juga mengemukakan beberapa cadangan dalam usaha menrealisasikan kepimpinan profesional kaunselor yang mantap.
-
ItemProfesionalisme Kaunselor Sekolah - Satu Tinjauan( 2010-01-21) Sapora SiponPerkhidmatan bimbingan dan kaunseling(B & K) sekolah memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan negara terutamanya bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Wawasan 2020. Perkhidmatan B & K perlu mempunyai pengurusan yang mantap dan sistematik dalam usaha mencapai matlamat seperti yang diinginkan. Bagaimanpun, banyak kajian yang menunjukkan perkhidmatan B & K sekolah masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan faktor yang dapat mempertingkatkan penguasaan perkhidmatan B & K. Selain daripada itu, ia juga akan melihat keperluan perkhidmatan B & K sekolah, perlantikan kaunselor sekolah sepenuh masa dan ciri-ciri kaunselor sekolah yang mantap.