Kepimpinan Profesional Kaunselor Sekolah - Realiti atau Mitos
Kepimpinan Profesional Kaunselor Sekolah - Realiti atau Mitos
Date
2010-01-20
Authors
Sapora Sipon
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kaunselor sekolah berperanan besar dalam agenda pendidikan negara. Kaunselor sekolah
dilihat sebagai salah satu agen utama dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang
dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Perlantikan
kaunselor sekolah sepenuh masa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sudah cukup
membuktikan bahawa peranan kaunselor sekolah tidak boleh dipandang ringan sekiranya
negara ingin rnenjadikan Wawasan 2020 satu realiti. Lantaran itu, tahap keprofesionalisma
kaunselor sekolah perlu dititikberatkan memandangkan kaunselor sekolah perlu bergerak
seiring dengan kemajuan pendidikan dalam arus perkembangan teknologi canggih,
perubahan pesat sosio-ekonomi dan berbagai lagi. Kesemua ini menuntut kaunselor
sekolah supaya sentiasa memantapkan diri supaya tidak ketinggalan dalam dunia
pendidikan. Dalam usaha melahirkan kaunselor yang profesional dan mahir, beberapa
perkara perlu diambil kira. Antara lainnya ialah latihan kaunseling yang mantap, sahsiah
dan peribadi kaunselor yang unggul. Kertas ke qa ini mempunyai objektif yang berbagai.
Antaranya ialah melihat komponen utama dalam pembentukan keprofesionalisma
kaunselor sekolah. Disamping itu kertas ke ja ini juga melihat pennasalahan-pennasalahan
kaunselor sekolah dalam merealisasikan tahap keprofesionalisme yang tinggi. Kertas
kerja ini juga mengemukakan beberapa cadangan dalam usaha menrealisasikan
kepimpinan profesional kaunselor yang mantap.
Description
Keywords
Student counselors--Malaysia