Malay
Permanent URI for this collection
Malay
Browse
Browsing Malay by Author "Ainurliza Mat Rahim"
Results Per Page
Sort Options
-
ItemRepresentasi Islam Dalam Media(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Muhamad Zaki Mustafa ; Ainurliza Mat Rahim ; Zainol Abidin Ahmad ; Noor Adzrah RamleTerdapat dua kategori utama dalam kandungan media massa iaitu berbentuk hiburan dan maklumat. Kedua-duanya telah menjadi satu komoditi yang menguntungkan dan senario ini telah mencetuskan persaingan kalangan pengeluar. Maka berlakulah manipulasi media dengan menggunakan kelebihannya yang mampu memenuhi kehendak masyarakat dan menjangkau khalayak yang besar dalam masa yang pantas. Jangkauan dan kepantasannya semakin hebat dengan munculnya multimedia interaktif yang ditawarkan oleh teknologi Internet. Buku yang bcrtajuk Representasi Islam Dalam Media ini adalah himpunan kertas kerja Seminar Media dan Pemikiran Islam 2009 (Media and Islamic Thinking) yang diadakan di Hotel Equatorial Bangi pada 21-22 Julai 2009. Melalui seminar ini banyak kertas telah dibentangkan dengan melibatkan penyertaan daripada penyelidik komunikasi dari semua institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan program pengajian komunikasi. Buku ini membicarakan artikel-artikel berkaitan Islam dan pcmbangunan media, media dan identiti sosial, Islam dan Media serta Islam dan media di Malaysia. Buku ini sesuai untuk bacaan komuniti institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum.