Representasi Islam Dalam Media
Representasi Islam Dalam Media
Date
2011
Authors
Muhamad Zaki Mustafa
Ainurliza Mat Rahim
Zainol Abidin Ahmad
Noor Adzrah Ramle
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Terdapat dua kategori utama dalam kandungan media massa iaitu
berbentuk hiburan dan maklumat. Kedua-duanya telah menjadi
satu komoditi yang menguntungkan dan senario ini telah
mencetuskan persaingan kalangan pengeluar. Maka berlakulah
manipulasi media dengan menggunakan kelebihannya yang
mampu memenuhi kehendak masyarakat dan menjangkau
khalayak yang besar dalam masa yang pantas. Jangkauan dan
kepantasannya semakin hebat dengan munculnya multimedia
interaktif yang ditawarkan oleh teknologi Internet.
Buku yang bcrtajuk Representasi Islam Dalam Media ini adalah
himpunan kertas kerja Seminar Media dan Pemikiran Islam 2009
(Media and Islamic Thinking) yang diadakan di Hotel Equatorial
Bangi pada 21-22 Julai 2009. Melalui seminar ini banyak kertas
telah dibentangkan dengan melibatkan penyertaan daripada
penyelidik komunikasi dari semua institusi pengajian tinggi awam
yang menawarkan program pengajian komunikasi. Buku ini
membicarakan artikel-artikel berkaitan Islam dan pcmbangunan
media, media dan identiti sosial, Islam dan Media serta Islam dan
media di Malaysia. Buku ini sesuai untuk bacaan komuniti
institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum.
Description
Keywords
Mass media--Religious aspects--Islam,
Communication--Religious aspects--Islam,
Mass media--Social aspects,
BP185.7 .R477 2011