Malay
Permanent URI for this collection
Malay
Browse
Browsing Malay by Author "Ahmad Sanusi Azmi"
Results Per Page
Sort Options
-
Item40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah(Ulum Hadis Research Centre, 2020) Ahmad Sanusi AzmiSegala puji bagi Allah dengan limpah rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini menghimpunkan 40 Hadis yang dilihat mempunyai pengajaran dalam perkara yang melibatkan dakwah dan tarbiah. Kebanyakan hadis dipilih berdasarkan kandungannya yang disampaikan dalam bentuk penceritaan. Ini bagi memudahkan pembaca memahami serta mengingati mesej yang ingin disampaikan. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (yang mana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga bermanfaat.
-
Item40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan(Ulum Hadis Research Centre, 2020) Ahmad Sanusi AzmiKeghairahan dan kerakusan manusia dalam mengejar kuasa menjadikan mereka tergelincir dari landasan yang digariskan oleh syarak. Kekeliruan pemikiran moden seperti liberalisme dan sekularisme telah mengaburi neraca pertimbangan manusia. Kerangka pemikiran yang dibentuk melalui pertimbangan akal dan nafsu telah membenam asas maqasid yang direncanakan oleh syarak. Justeru, penghasilan karya yang menghimpunkan 40 Hadis berkaitan Politik dan Kepimpinan ini diharap dapat memberi sedikit panduan berhubung kuasa dan pemerintahan seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitabnya yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan bagi meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan di bahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan status hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa atas kesudian mereka membaca dan menyemak serta memberikan komentar terhadap karya ini. Tidak lupa juga buat isteri tersayang, Puan Noraslina Abd Rahaman yang menguruskan kerja-kerja domestik yang membantu melancarkan penerbitan karya ini. Semoga bermanfaat.
-
Item40 Hadis tentang wabak penyakit(Ulum Hadith Research Centre Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) Ahmad Sanusi AzmiSegala puji bagi Allah dengan segala rahmatNya karya ini berjaya dihasilkan. Buku kecil ini mengandungi 40 hadis yang dilihat mempunyai pengajaran berkaitan dengan penyebaran wabak penyakit yang berlaku pada hari ini. Secara umumnya, hadis-hadis ini ditulis berdasarkan matan daripada kitab yang asal. Pun begitu terdapat juga hadis yang diambil daripada sebahagian lafaznya sahaja. Ini bertujuan meringkaskan penulisan, disamping memberikan fokus kepada isi kandungan yang diambil. Dari aspek sanadnya pula, penulis hanya menukilkan perawi yang tertinggi (rawi al-a’la) sahaja, manakala nama-nama perawi yang lain dalam rantaian sanad telah ditinggalkan. Sumber hadis dinyatakan dibahagian terjemahan. Hadis yang dinukilkan daripada Sahih al-Bukhari dan Muslim tidak dinyatakan kedudukan hadis tersebut memandangkan kita telahpun menerimanya sebagai hadis sahih. Manakala hadis yang dinukil daripada selain dua kitab tersebut akan dinyatakan sumber serta status hadis tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zulhilmi Mohamed Nor serta Dr. Mohd Yusuf Ismail (dimana keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis) atas kesudian mereka membaca dan menyemak karya ini.