A Study of Sulh in the Syariah Courts in Malaysia

Thumbnail Image
Date
2010-06-16
Authors
Mahathir Bin Mazizan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah di Malaysia. Sulh adalah suatu kaedah penyelesaian konflik di dalam kekeluargaan yang mana ia merupakan suatu perkara yang penting dan ianya menjadi alasan kenapa tajuk ini dipilih. Kajian ini adalah merupakan kajian perpustakaan di mana penulis mendapatkan maklumat-maklumat dari banyak sumber dan juga melalui internet. Kajian ini juga menfokuskan tentang peranan Pegawai Sulh seterusnya latar belakang kewujudan, kelayakan dan etika. Secara ringkasnya terdapat empat bab yang secara progresif membincangkan tajuk kajian ini. Di samping itu juga, penulis juga membincangkan pelaksanaan Manual Kerja Sulh sebagai petunjuk kepada Pegawai Sulh dan juga mencadangkan agar Mahkamah Syariah di Malaysia melakukan perubahan selari dengan pembangunan Negara agar segala proses dan aktiviti di Mahkamah tersebut berjalan lancar. Secara kesimpulannya, melalui kaedah Sulh, konflik di dalam kekeluargaan dapat diatasi dan adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Sulh dalam melaksanakan kaedah Sulh dengan lebih cekap dan amanah yang diberikan.
Description
Keywords
tes FSU 2007 .M343, Family--Islamic law, Family counseling, Divorce (Islamic law)
Citation