Hadis-Hadis Palsu Dalam Mustadrak al-Hakim
Hadis-Hadis Palsu Dalam Mustadrak al-Hakim
Date
2011
Authors
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Sebagai sumber hadis sahih yang utama dalam lslam, Mustadrak
al-Hakirn sering menjadi rujukan umat lstam dalam urusan berkaitan
agama Walau bagaimanapun, selain hadis-hadis sahih, ia turut
mengandungi sejumlah hadis lemah dan tidak berasas, termasuk hadis
palsu (mawdu') yang dilabelkan sebagai sahih akibat kelalaian dan
keringanan metode pengarangnya. Justeru, amatlah sukar untuk
mengenal pasti antara hadis yang benar-benar sahih dan yang lemah atau palsu jika hanya berdasarkan kepada pandangan al-Hakim
semata-mata dan tidak merujuk bersama ulasan ulama terhadapnya.
Berbeza dengan hadis lemah, hadis palsu tidak boleh sama sekali
dijadikan hujah agama. Pelaku dan perawi yang sengaja memalsukan
hadis mengundang kernurkaan Allah dan rasul-Nya dan menempah
untuknya tempat khas dalam neraka kelak, Menyedari akan bahayanya
dan kesannya yang negatif terhadap umat Islam, buku ini bertujuan
mengumpul dan membincangkan sejumlah 135 buah hadis palsu
dalam pelbagai aspek agama yang terdapat dalam Mustadrak
al-Hakim menerusi pandangan para ulama. Ditulis dengan gaya
bahasa yang mudah dan ringkas, ia sesuai dirujuk dan dibaca oleh
5emua golongan masyarakat untuk mengenal pasti hadis-hadis palsu
dalam Mustadrak dengan mudah dan cepat.
Description
Keywords
Hadith--Criticism, interpretation, etc.,
Hadith--Hermeneutics,
BP135.A3 .M844 2011