Diyat dalam perundangan Islam
Diyat dalam perundangan Islam
Date
2012
Authors
Muhammad Najib bin Abdullah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Buku ini membincangkan aspek perundangan diyat dengan terperinci di samping cuba untuk mengutarakan kaedah aplikasinya dalam bentuk yang lebih bersifat kontemporari. Mengikut pengertian dalam syariat Islam, diyat ialah denda dengan jumlah yang telah ditetapkan ke atas kesalahan yang mengakibatkan kehilangan jiwa ataupun kecederaan anggota. Denda yang dikenakan tersebut dijadikan sebagai pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa yang mengalami kerugian akibat jenayah. Diyat
merupakan satu mekanisme yang efektif dalam usaha mengawal jenayah, menghukum penjenayah dan pada masa yang sama memberi keadilan
kepada mangsa dan keluarganya. Buku ini menyentuh secara terperinci tentang syarat-syarat yang berkaitan dengan peruntukan diyat yang melibatkan pelbagai jenis keadaan dengan kadar yang berbeza. Tiga bab
pertarna menjelaskan tentang konsep dan teori am diyat dalam syariat Islam
serta jenis-jenisnya. Manakala empat bab yang terakhir adalah merupakan
perbincangan mengenai aplikasi kadar diyat, pembayarannya dan hak-hak pengampunan. Pensyariatan diyat telah membuktikan keindahan syariat Islam yang mengutamakan hubungan kemanusiaan sesama anggota
masyarakat dengan memberi hukuman kepada yang bersalah, memelihara hak kepada setiap yang berhak juga ruang kepada bermaaf-maafan yang memadamkan dendam sesama manusia.
Description
Keywords
Blood money (Islamic law).,
Islamic law.,
Compensation (Islamic Law).