Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43
Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43
Date
2025-09-13
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM
Abstract
Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43 telah berlangsung dengan penuh istiadat pada 13 September 2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seramai 39 Pegawai Kadet dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (LtM) dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor.
Antara yang menerima pengiktirafan khas ialah LtM Abdullah Sani Abdul Ghani, mahasiswa Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian), yang dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik PALAPES USIM. Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan beliau dalam aspek kepimpinan, disiplin dan komitmen sepanjang tempoh latihan ketenteraan.
Naib Canselor USIM merangkap Komandan PALAPES USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menyatakan bahawa pencapaian ini membuktikan keupayaan mahasiswa USIM untuk menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang ketenteraan. Istiadat ini turut memperkukuh hasrat USIM dalam melahirkan graduan holistik, berintegriti dan berdaya saing demi pembangunan negara.