Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan USIM 2025
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan USIM 2025
Files
Date
2025-09-19
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM
Abstract
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 19 September 2025 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM. Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada pelbagai program dan aktiviti sempena Bulan Kebangsaan 2025 yang telah berlangsung sepanjang Ogos dan September 2025. Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri nasional serta memupuk kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan warga kampus. Antara pengisian utama termasuk persembahan berunsur kenegaraan, penyampaian hadiah pertandingan, serta ucapan penutup oleh wakil pengurusan universiti. Majlis ini mencerminkan komitmen USIM dalam menyokong agenda kebangsaan melalui pendekatan pendidikan holistik yang mengintegrasikan nilai-nilai keIslaman, kenegaraan dan kebudayaan.