Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Debat Piala Pro Canselor USIM 2025

Abstract
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Debat Piala Pro-Canselor USIM 2025 telah diadakan pada 4 Oktober 2025 bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Acara ini menandakan berakhirnya kejohanan debat yang menghimpunkan pasukan-pasukan debat dari pelbagai institusi pendidikan tinggi dalam pertandingan yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Majlis ini dirasmikan oleh wakil Pro-Canselor USIM dan turut disertai oleh barisan pentadbir universiti, para peserta, juri profesional serta warga kampus. Ucapan perasmian menekankan kepentingan pengucapan awam sebagai wadah pembangunan intelektual dan sahsiah mahasiswa, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara. Kejohanan ini bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam arena debat, malah memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan daya saing dalam kalangan mahasiswa. Majlis penutupan turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Description
Keywords
Citation
Collections