Bengkel Gagasan Strategik USIM 2026-2035

Abstract
Bengkel Gagasan Strategik USIM 2026–2035 telah berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Oktober 2025 di Hotel Perdana, Kuala Lumpur. Bengkel ini dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai usaha merangka hala tuju strategik universiti bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Bengkel ini turut melibatkan penyertaan aktif daripada barisan pengurusan tertinggi universiti, wakil fakulti dan pusat tanggungjawab, serta panel penasihat strategik yang terdiri daripada pakar dalam bidang pendidikan tinggi dan pembangunan institusi. Hasil bengkel ini akan menjadi asas kepada dokumen Pelan Strategik USIM 2026–2035 yang akan diguna pakai sebagai panduan utama pembangunan universiti dalam dekad akan datang.
Description
Keywords
Citation
Collections