Pelepasan Peserta Konvoi 25 Tahun USIM

Abstract
Majlis Pelepasan Peserta Konvoi 25 Tahun USIM yang diadakan pada 3 September merupakan salah satu acara utama sempena sambutan Jubli Perak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Konvoi ini melibatkan penyertaan pelbagai warga universiti termasuk pelajar, staf dan alumni, sebagai simbolik perjalanan dan pencapaian USIM sepanjang 25 tahun penubuhannya. Majlis pelepasan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kecintaan terhadap institusi, mempererat hubungan komuniti universiti, serta memupuk rasa bangga dan kebersamaan dalam menyambut ulang tahun penubuhan. Selain itu, konvoi ini juga menjadi wadah promosi kepada masyarakat mengenai peranan dan sumbangan USIM dalam bidang pendidikan tinggi berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli.
Description
Keywords
Citation
Collections