Lawatan DiRaja Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Majlis Perasmian Dewan Tuanku Canselor USIM

Abstract
Pada 4 Jun 2015, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berangkat mencemar duli ke Majlis sempena Lawatan Diraja dan Perasmian Dewan Tuanku Canselor yang terdahulu dikenali sebagai Dewan Besar USIM. Turut mengiringi lawatan ini YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz selaku Pro Canselor USIM, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hj Awaludin Said Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor USIM.
Description
Keywords
Citation
Collections