Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004

Abstract
Pada 16 hingga 17 Disember 2004, telah berlangsung program Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI). Program dua hari ini dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) KUIM bertempat di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Rektor KUIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin manakala penutup oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) KUIM. Antara tokoh yang diundang untuk membentangkan kertas kerja seperti Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Dr. Mohamad Akram Laldin dan Prof. Madya Dr. Younes Soualhi.
Description
Keywords
Citation
Collections