Majlis Konvokesyen KUIM Ke-2

Abstract
Pada 21 Ogos 2004, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Kedua KUIM bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pada majlis konvokesyen kali ini, KUIM telah menganugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kepada 529 graduan bagi tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman, Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam.
Description
Keywords
Citation
Collections