USIM Photo Gallery
Permanent URI for this community
Browse
Browsing USIM Photo Gallery by Title
Results Per Page
Sort Options
-
ItemAhli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Pengurusan KUIM Pertama( 2000-06-18)Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Pengurusan KUIM yang pertama pada tahun 2000
-
ItemAhli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) KUIM 2005( 2005-03-09)Barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) KUIM 2005 diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin.
-
ItemBas Baharu KUIM( 2002-07-01)Pada 1 Julai 2002, KUIM menerima unit bas baharu untuk kegunaan warga universiti. Turut hadir menerima kenderaan rasmi universiti ini, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin bersama para pegawai dan pelajar.
-
ItemBengkel Gagasan Strategik USIM 2026-2035(USIM, 2025-10-10)Bengkel Gagasan Strategik USIM 2026–2035 telah berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Oktober 2025 di Hotel Perdana, Kuala Lumpur. Bengkel ini dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai usaha merangka hala tuju strategik universiti bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Bengkel ini turut melibatkan penyertaan aktif daripada barisan pengurusan tertinggi universiti, wakil fakulti dan pusat tanggungjawab, serta panel penasihat strategik yang terdiri daripada pakar dalam bidang pendidikan tinggi dan pembangunan institusi. Hasil bengkel ini akan menjadi asas kepada dokumen Pelan Strategik USIM 2026–2035 yang akan diguna pakai sebagai panduan utama pembangunan universiti dalam dekad akan datang.
-
ItemBengkel Penggubalan Kurikulum Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kumpulan Sokongan KUIM( 2005-04-29)Pada 29 April hingga 1 Mei 2005 telah diadakan Bengkel Penggubalan Kurikulum Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kumpulan Sokongan KUIM. Bengkel 3 hari ni bertempat di Allson Klana Resort, Seremban dan diketuai oleh Tuan Haji Adeenan Haji Abd. Rahman, Pendaftar KUIM.
-
ItemBengkel Penulisan Dan Penyelidikan 2001( 2001-05-03)Buat julung kalinya, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menganjurkan sesi Bengkel Penulisan Dan Penyelidikan pada 3 dan 4 Mei 2001 bertempat di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Program ini dirasmikan oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, turut disertai oleh Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin bersama pegawai-pegawai kanan, para pensyarah serta urus setia dari kalangan staf KUIM.
-
ItemBengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM( 2001-07-16)Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Ringkasan Projek Pelan Induk Pembangunan Kampus Tetap KUIM pada 16 dan 17 Julai 2001 bertempat di Maluri Value Inn, Kuala Lumpur. Bengkel dua hari ini bertujuan untuk menghasilkan cadangan pelan susun atur kampus tetap KUIM yang bakal dibangunkan di daerah Nilai, Negeri Sembilan.
-
ItemBengkel Permasalahan Kemasukan Pelajar Aliran Agama Ke IPTA Malaysia( 2001-03-15)Pada 15 Mac 2001, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah menganjurkan sesi Bengkel Permasalahan Kemasukan Pelajar Aliran Agama Ke IPTA Malaysia bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir yang mewakili Menteri Pendidikan, Tan Seri Dato' Seri Musa Mohamad. Turut hadir Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Timbalan Rektor KUIM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Md Zin.
-
ItemBengkel Teknik Pengacaraan( 2005-05-07)Pada 7 Mei 2005, julung kalinya telah diadakan Bengkel Teknik Pengacaraan bertempat di Hotel Maluri Inn, Kuala Lumpur. Bengkel sehari anjuran KSK dan Unit Latihan KUIM ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta tentang kaedah pengacaraan yang berkesan di samping mencungkil bakat baharu dalam kalangan kakitangan KUIM. Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin.
-
ItemCOURTERSY VISIT FROM Dr. M.G.R. EDUCATIONAL AND RESEARCH(USIM Gallery, 2026-01-20)Pada 20 Januari 2026, Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah mendapat lawatan dari Dr M.G.R Educational and Research di USIM.
-
ItemCourtesy Visit from Asean Conference of Law School to USIM(USIM, 2025-08-25)Pada 25 Ogos 2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi ASEAN Conference of Law Schools. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan undang-undang serta membuka ruang dialog berkaitan isu-isu perundangan kontemporari. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk meneroka peluang kolaborasi akademik antara institusi pengajian tinggi undang-undang di rantau ASEAN.
-
ItemDiscussion with USIM, INTI International University, MILA University & NILAI University on potential strategic academic cooperation(USIM, 2025-10-08)Sesi perbincangan yang diadakan pada 8 Oktober 2025 menghimpunkan empat institusi pendidikan tinggi utama di kawasan Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), INTI International University, MILA University dan Nilai University. Tujuan utama sesi ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan pelajar dan inovasi pendidikan. Perbincangan ini memberi fokus kepada: Pemerkasaan mobiliti pelajar dan pensyarah antara institusi. Perkongsian sumber dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan, TVET, dan pembangunan komuniti. Pembangunan program bersama yang menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara dan keperluan industri semasa. Pengukuhan jaringan serantau sebagai usaha menjadikan Nilai sebagai hab pendidikan tinggi yang dinamik dan berdaya saing. Sesi ini turut membuka ruang kepada dialog terbuka antara pentadbir, penyelidik dan wakil pelajar dari setiap institusi, dengan harapan untuk merangka pelan tindakan bersama yang mampan dan inklusif.
-
ItemFit USIM Charity Run 2015( 2015-09-12)Pada 12 September 2015, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM dan Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) buat julung kalinya menganjurkan acara larian Fit USIM Charity Run 2015. Acara larian ini bersempena dengan Hari Terbuka USIM, disertai lebih 500 peserta terdiri daripada warga USIM, pelajar IPT dan sekolah serta orang awam. Turut menyertai larian ini Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad. Sumber foto dari laman facebook Fit USIM di https://www.facebook.com/FitUSIM.NILAI
-
ItemHari Keluarga KUIM 2004( 2004-05-15)Pada 15 Mei 2004, berlangsung Hari Keluarga KUIM bertempat di Taman Wetland, Putrajaya. Program diserikan dengan kehadiran Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Dr. Hj. Shafie Hj. Mohd Salleh yang disambut bersama oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor, Rektor KUIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan warga kerja KUIM. Pelbagai acara telah diatur pada program ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga KUIM.
-
ItemIAUP Asia Pacific Regional Conference 2026(USIM, 2026-01-13)Pada 13 Januari 2026, telah diadakan IAUP Asia Pacific Regional Conference di Putrajaya Marriot Hotel. Disempurnakan oleh Naib Canselor USIM Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani sebagai Ketua Panel, dan sebaris dengan beliau ialah Prof. Dr. Elijah Blessing, Naib Canselor Karunya Institute of Technology and Science India, Prof. Dr. Zhang Ying, Timbalan Presiden Xiamen University Malaysia dan juga Prof. Dri Karim Chelli, Presiden Canadian University Dubai, United Arab Emirates.
-
ItemIstiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja(USIM, 2025-09-13)Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja yang akan diadakan pada 13 September 2025 merupakan satu acara bersejarah dan penuh bermakna dalam kalendar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Acara ini bertujuan untuk merai dan mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam perkhidmatan kepada universiti serta memberikan pengiktirafan rasmi oleh pihak Diraja. Istiadat ini melibatkan perarakan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi, kakitangan universiti, serta tetamu kehormat, yang menyaksikan pentauliahan kepada individu-individu yang telah menunjukkan dedikasi dan sumbangan yang signifikan dalam memperkukuh nama dan imej universiti.
-
ItemIstiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43(USIM, 2025-09-13)Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-43 telah berlangsung dengan penuh istiadat pada 13 September 2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seramai 39 Pegawai Kadet dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (LtM) dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor. Antara yang menerima pengiktirafan khas ialah LtM Abdullah Sani Abdul Ghani, mahasiswa Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian), yang dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik PALAPES USIM. Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan beliau dalam aspek kepimpinan, disiplin dan komitmen sepanjang tempoh latihan ketenteraan. Naib Canselor USIM merangkap Komandan PALAPES USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menyatakan bahawa pencapaian ini membuktikan keupayaan mahasiswa USIM untuk menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang ketenteraan. Istiadat ini turut memperkukuh hasrat USIM dalam melahirkan graduan holistik, berintegriti dan berdaya saing demi pembangunan negara.
-
ItemKejohanan Debat Bahasa Arab IPT ASEAN 2006( 2006-02-24)Pada 24 hingga 26 Februari 2006, USIM telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Debat Bahasa Arab IPT ASEAN yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Kejohanan anjuran bersama Sekretariat Debat Universiti Malaysia (MADUM) ini bertemakan "Membudayakan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu Dan Diplomasi disertai sebanyak 18 pasukan terdiri daripada 11 IPT tempatan dan 7 dari luar negara. Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah dari Indonesia yang menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
-
ItemKejohanan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia 2000( 2000-11-06)Pada 6 hingga 11 November 2000, buat pertama kalinya KUIM telah menyertai Kejohanan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia anjuran Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebanyak 3 pasukan mewakili KUIM terdiri daripada satu pasukan senior dan dua pasukan junior pada kejohanan kali ini.
-
ItemKejohanan Golf Amal Kor Siswa Bomba(USIM, 2026-01-11)Pada 11 Januari 2026, telah diadakan Kejohanan Golf Amal Kor Siswa Bomba. Kejohanan ini diadakan di Kota Seriemas Golf & Country Club.