Malay
Permanent URI for this collection
Malay
Browse
Browsing Malay by Subject "Arabic languages--Terms and phrase"
Results Per Page
Sort Options
-
ItemKaedah Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab(Universiti Sains Islam Malaysia, 2013) Rosni SamahKemahiran menguasai sesuatu bahasa terletak kepada penguasaan kosa kata bagi bahasa tersebut. Bahasa boleh diumpamakan sebagai sebuah bangunan dan batu batanya sebagai kosa kata. Dalam mempelajari bahasa Arab, pelajar hendaklah menguasai kosa kata yang pelbagai. Untuk menguasai bahasa dengan baik, pelajar perlu mengumpul kosa kata yang banyak berulang dalam pelbagai bidang, dan membudayakan penggunaannya. Pengumpulan kosa kata boleh dicapai melalui aktiviti pembacaan, pendengaran dan interaksi. Buku ini menghurai isu-isu berhubung dengan pemilihan kosa kata, penguasaan dan penggunaan. Antara huraiannya ialah pandangan sarjana dalam bidang pengajaran bahasa Arab tentang kaedah pengajaran kosa kata, asas-asas pemilihan kosa kata seperti kekerapan, bidang penggunaan, ketersediaan dan kesesuaian pengajaran dan pembelajaran. Turut dihuraikan beberapa aktiviti yang boleh dipraktikkan bagi membantu peningkatan penguasaan seperti pendengaran, pembacaan, penggunaan kamus dan interaksi. Turut dikupas dalam buku ini beberapa aktiviti yang dapat membantu dalam mengingati dan membudayakan penggunaan kosa kata. Antara aktiviti yang dimaksudkan ialah membaca, menulis, menonton secara berterusan, menggunakan gambar, berinteraksi, terjemahan, aktiviti bahasa, perdebatan, lawatan sambil belajar dan permainan bahasa. Perbincangan buku ini diakhiri dengan pembentangan hasil kajian tentang perlaksanaan kaedah pengajaran kosa kata yang dijalankan oleh sampel guru. Antara kaedah yang dikemukakan ialah pemilihan perkataan, penterjemahan perkataan, penerangan makna perkataan, pengukuhan dan kaedah penggunaan. Hasil menunjukkan majoriti guru yang menjadi sampel kajian menggunakan pendekatan tersebut.