(Universiti Sains Islam Malaysia, 2013)
Lokmanulhakim Hussain
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai badan fatwa yang tersusun dan bersistematik jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Di peringkat Pusat, terdapat Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan yang dianggotai oleh seorang pengerusi, mufti-mufti dari setiap negeri, beberapa anggota yang dilantik dari
kalangan tokoh ilmuan, dan seorang pakar undang-undang yang dilantik. Manakala di peringkat negeri pula, setiap negeri di Malaysia mempunyai badan fatwa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa.