Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Permanent URI for this collection
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Browse
Browsing Fakulti Syariah dan Undang-Undang by Subject "Child abuse"
Results Per Page
Sort Options
-
ItemChild Abuse in Negeri Sembilan: Rehabilitation of Victims and Perpetrators( 2010-06-22) Nurrulshida JamaludinKajian ilmiah ini bertujuan mengenalpasti kes penderaan kanak-kanak dan program pemulihan kepada mangsa dan pendera di Negeri Sembilan. Kajian ini juga meneliti jenis-jenis kes penderaan kanak-kanak serta faktor-faktor yang mendorong kepada terjadinya masalah penderaan. Penulis juga melihat bentuk-bentuk pemulihan yang dijalankan keatas mangsa dera dan juga pendera. Untuk memperoleh data, teknik kajian digunakan iaitu temubual, membaca jurnal-jurnal, dan pamplet. Melalui kajian ini, penulis mendapati pelbagai faktor yang menyumbang kepada kes penderaan. Penulis juga mendapati kebanyakan program pemulihan lebih menumpukan kepada mangsa dera dan kurang penumpuan kepada pendera dan tiada modul yang khusus untuk program pemulihan pada mangsa dera dan pendera.
-
ItemChild Pornography: A Comparative Analysis of Shari'ah, Malaysian and English Law( 2010-06-24) Husmaruriantis Sara Bt HusinPornografi kanak-kanak adalah satu isu yang timbul yang menuntut kepada penyelesaian yang segera dan selaras. Asalnya pendekatan perundangan bagi kanak-kanak itu sendiri adalah tidak mencukupi untuk memelihara kepentingan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis perbandingan undang-undang berkaitan pornografi kanak-kanak berdasarkan perspektif Shari'ah, perundangan Malaysia dan undang-undang Inggeris. Kajian ini menggunakan method penyelidikan kajian perpustakaan. Untuk memperoleh data, teknik kajian yang telah digunapakai ialah pencarian maklumat dan penyelidikan di perpustakaan-perpustakaan terpilih dan internet. Hasil kajian menunjukkan peruntukan sedia ada tidak secara mutlaknya memperundangkan tentang pornografi kanak-kanak bagi perundangan Malaysia dan undang-undang Inggeris. Ini menunjukkan perlunya kepada beberapa perubahan dan penambahan undang-undang dalam membantu mengatasi kelompongan undang-undang yang sedia ada.