Kajian ini merupakan kajian yang menggabungkan dua method penyelidikan yang
asas iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini bertujuan untuk
mengemukakan analisis perbandingan Majlis Penasihat Shari'ah di peringkat
penggubalan iaitu di Bank Negara Malaysia bagi industri perbankan Islam dan
takaful dan di Suruhanjaya Sekuriti bagi industri pasaran modal Islam. Untuk
memperolehi data, beberapa teknik kajian telah digunapakai iaitu penyelidikan dan
pencarian maklumat di perpustakaan-perpustakaan terpilih dan internet dan temubual.
Hasil kajian menunjukkan adanya persamaan karektor dan elemen yang terdapat pada
kedua-dua Majlis tersebut. Dapatan dari hasil kajian ini menunjukkan perlunya kepada
penyatuan di antara kedua-dua Majlis tersebut untuk membantu dalam perkembangan
kewangan Islam di Malaysia.