(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011)
Salhah Abdullah, Dr.; Amin Al-Hadi Shafie
Kecerdasan pelbagai memberikan peluang semua orang membina kecerdasan
berdasarkan bakat dan potensi diri yang dikenal pasti dan dibina berasaskan nilainilai
akhlak dan moral menjadi seorang insan yang berjaya. Kejayaan seorang insan
secara menyeluruh dan seimbang dilihat dari kecerdasan intelek, kecerdasan emosi
dan kecerdasan spiritual boleh bermula dari seseorang insan kenal tentang potensi
diri dan seterusnya membina jati diri melalui kecerdasan pelbagai. Seorang yang
cerdas dalam logik matematik juga perlu seimbang dari segi kecerdasan emosi dan
spiritual agar menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan mencapai
kesejahteraan hidup.