(Universiti Sains Islam Malaysia, 2013)
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif; Abdul Qadir Usman Al-Hamidy; Noornajihan Jaafar
Braille merupakan satu sistem tulisan berasaskan sentuhan yang telah diaplikasikan penggunaannya oleh Orang Kurang Upaya (OKU)
Penglihatan dalam bacaan al-Quran. Walaupun eksplorasi awal penghasilan al-Quran Braille telah bermula seawal pertengahan kedua
abad ke-20 di Timur Tengah, namun, perkembangannya berlaku agak lewat dan perlahan di Malaysia. Sehingga kini, hanya terdapat satu edisi al-Quran Braille terbitan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang telah disahkan dan digunakan dengan
meluas. Ia bersumberkan al-Quran Braille terbitan Indonesia dan berlandaskan kepada kod Braille bahasa Arab Gred 1. Kebanyakan
daripada mashaf Braille lain yang dicetak di Malaysia pada hari ini pula adalah bersumberkan kepada draf al-Quran Braille daripada PERTIS.