(Unit Penerbitan USIM, 2007)
Zulkifli Hasan; Abd Hamid Abd Murad; Arif Fahmi Md Yusof
Buku ini merupakan salah sebuah naskhah trbitan fakulti syariah dan undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysian yang terdiri daripada kompilasi artikel-artikel yang ditulis oleh tokoh undang-undang syariah di negara kita yang terlibat secara langsung dengan institusi kehakiman syarie yang terdiri daripada para hakim mahkamah syariah dan sivil. Artikel yang terdapat di dalam buku ini mengutarakan dan membincangkan secara telus dan mendalam segala permasalahan dan isu-isu menarik dalam konteks guaman dan kehakiman syarie di malaysia dengan menyertakan idea bernas ke arah pemantapan dan penambahbaikan.
(Penerbit KUIM, 2006)
Alina Abdul Rahim; Abd Hamid Abd Murad
buku ini dirangka bertujuan melihat bagaimana Islam Hadhari boleh dipraktikkan di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Semoga ia dapat menjadi salah stu wadah yang dapat menjelaskan lagi konsep Islam Hadhari dalam konteks yang sebenar.