Majlis Pelancaran Logo dan Insentif Baharu BKKUSIM
Majlis Pelancaran Logo dan Insentif Baharu BKKUSIM
Files
Date
2025-09-04
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM
Abstract
Majlis Pelancaran Logo dan Insentif Baharu Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKKUSIM) telah diadakan pada 4 September 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Majlis ini dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan BKKUSIM sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kebajikan warga kerja USIM. Antara pengisian utama majlis ialah pelancaran logo baharu BKKUSIM yang dipilih melalui pertandingan rekacipta, melambangkan nilai-nilai murni seperti kebersamaan, integriti dan profesionalisme. Selain itu, majlis turut menyaksikan pelancaran Insentif Digital Kampus Barakah (IDKB), iaitu inisiatif baharu yang menggantikan skim Baucar Staf 1 Notebook (BS1N). IDKB menyokong konsep Bring Your Own Device (BYOD) dalam usaha memperkasa penggunaan teknologi digital dalam kalangan staf USIM. Majlis ini mencerminkan komitmen BKKUSIM dalam memperkukuh kebajikan dan memperkasa transformasi digital dalam kalangan warga universiti.