Stres Kerja Guru - Punca, Kesan dan Strategi Daya Tindak
Stres Kerja Guru - Punca, Kesan dan Strategi Daya Tindak
Date
2010-01-25
Authors
Sapora Sipon, Prof. Madya Datin Dr.
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Stres merupakan salah satu sebab utama mengapa sejumlah besar guru
bercadang untuk meninggalkan profession perguruan. Banyak kajian yang
telah melaporkan tahap stres dan burnout dikalangan guru sekolah. Stres
memberi kesan kepada kepuasan keija, keberkesanan ke atas produktiviti guru
peningkatan ketidakhadiran dan pusingganti yang tinggi dan persaraan awal
guru. SeIain daripada itu, stres juga memberi kesan kepada masalah kesihatan
mental dan JizikaI dan mempengaruhi keberkesanan tahap tenaga guru dan
penglibatan tugas yang semakin berkurangan. Stres yang berpanjangan
boleh menyebabkan burnout (Frese & Zapf; 1988). Kesan burnout
termasuklah kepuasan keija yang yang berkurangan, hubungan guru-murid
yang rengang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan ,
keberkesanan dalam memenuhi matlamat pendidikan negara. Kertas keija ini
akan melihat punca, kesan dan strategi daya tindak ke atas stres keija guru. 1
Selain daripada itu, kertas kerja ini akan turut membincangkan satu kajian kes I1
stres guru di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Kertas kerja
ini akan juga melihat beberapa intervensi dalam pengurangan stres kerja.