PERHIMPUNAN NC BERSAMA WARGA USIM DAN MAJLIS SAMBUTAN

Abstract
Perhimpunan Naib Canselor Bersama Warga USIM dan Majlis Sambutan telah diadakan pada 13 September 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Majlis ini merupakan platform komunikasi strategik antara pihak pengurusan tertinggi universiti dan seluruh warga kerja USIM. Dalam majlis ini, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah menyampaikan amanat yang menekankan nilai integriti, budaya kerja berpasukan, dan aspirasi kecemerlangan institusi. Majlis turut menyaksikan pelancaran kempen #SayangUSIM sebagai penjenamaan semula kepada kempen #iLoveUSIM, bertujuan menyemai rasa bangga dan cinta terhadap universiti. Selain itu, simbolik penyerahan kunci Bas Klinik Pergigian Bergerak kepada Fakulti Pergigian (FPg) turut diadakan sebagai inisiatif memperluas khidmat komuniti. Majlis ini juga menjadi pembuka tirai kepada pelbagai aktiviti sempena Bulan Kebangsaan Peringkat USIM. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen USIM dalam memperkukuh hubungan dalaman organisasi serta menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap institusi.
Description
Keywords
Citation
Collections