Malam Perdana Siswa 2002

Abstract
Pada 11 Januari 2003, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Asrama (JAKSA) sesi 2001/2002 telah mengadakan majlis Malam Perdana Siswa di padang Sekolah Menengah Pandan Indah, Ampang, Selangor. Ianya merupakan aktiviti tahunan asrama melibatkan seluruh warga mahasiswa KUIM. Antara tujuan utama penganjuran program ini bagi melatih mahasiswa KUIM tentang aspek atau tatacara penganjuran majlis di samping memberi pengiktirafan atau anugerah kepada pelajar aktif dalam aktiviti dan program di asrama. Jemputan kira-kira 1300 orang turut disertai oleh pengurusan tertinggi dan kakitangan KUIM serta jemputan luar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIM.
Description
Keywords
Citation
Collections