Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Kakitangan USIM 2025
Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Kakitangan USIM 2025
Files
Date
2025-09-10
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM
Abstract
Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Kakitangan USIM 2025 telah diadakan pada 10 September 2025 bertempat di Ruknu Arabi, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini merupakan inisiatif julung kali anjuran Pusat Kebudayaan USIM dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendaftar dan Pusat Penerbit, bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat USIM. Bertemakan “Ekspresi Jiwa, Suara Merdeka”, sayembara ini menghimpunkan sepuluh orang peserta dalam kalangan staf dari pelbagai jabatan yang mempersembahkan puisi bertemakan patriotisme, perjuangan dan kecintaan terhadap tanah air. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui medium seni sastera serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja USIM. Penganjuran sayembara ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat seni dan memperkasa ekspresi budaya dalam kalangan staf universiti, selaras dengan aspirasi USIM untuk membina komuniti kampus yang berbudaya dan berjiwa merdeka.