Isu gejala sosial di kalangan belia sering menarik minat.
Penyakit sosial seperti bohsia, bohjan, AIDS/HN, dan
penagihan dadah sering menjadi sinonim permasalahan
belia. Pelbagai cadangan dikemukakan untuk menangani
gejala sosial di kalangan belia. Ada pihak yang
mencadangkan supaya setiap kampung mempunyai persatuan
belia yang diterajui oleh pemimpin yang berwibawa dan dapat
mempengaruhi belia lain menyertainya untuk memberi
sumbangan terhadap pemantapan diri dan kesejahteraan negara.
Kepemimpinan harus bertunjangkan hasrat dan aspirasi
perjuangan rakyat. Pemimpin beli perlu mempunyai kekuatan
dan daya saing serta semangat juang yang tinggi.
Ada pula cadangan supaya remaja dilibatkan dengan aktiviti
bermanfaat yang boleh memberi kemahiran bagi mengisi masa
lapang untuk menghindari mereka daripada terjerumus ke dalam
penydat sosial. Perpustakaan dan taman r e h i perlu diiediakan
untuk menghalang remaja berpeleseran dan menghabiskan waktu
tanpa arah tuju yang betul.
Banyak faktor disabitkan dengan masalah sosial di kalangan
remaja ini, seperti kelemahan sistem kekeluargaan, pengquh
media, sistem pendidikan, daya than remaja yang rendah, rakan
sebaya, dan ekonomi. Apa pun penyebabnya, belia tidak boleh
menjadikannya alasan sebagai helah bela diri untuk terlibat dalam
gejala sosial.