Perkhidmatan Bimbingan dari Kaunseling (B & K) sekolah memainkan peranan
penting dalam agenda pendidikan negara terutamanya bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020.
Perkhidmatan B & K perlu mempunyai pengurusan yang mantap dan sistematik
dalam usaha mencapai hasrat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Bagaimanapun, banyak kajian yang menunjukkan perkhidmatan B & K sekolah
masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, kertas ini
membincangkan faktor-faktor yang dapat mempertingkatkan pengurusan
perkhidmatan B & K. Selain dari itu, ia juga akan melihat keperluan
perkhidmatan B & K sekolah, pelantikan kaunselor sekolah sepenuh masa dan
ciri-ciri kaunselor yang mantap. Kertas ini juga akan mengariskan beberapa
cadangan dalam mewujudkan keberkesanan pengurusan perkhidmatan B & K
sekolah.