Browsing by Author "Abd. Halim Mohd Hussin"
Results Per Page
Sort Options
-
Item7 Langkah Kepulihan Dalam Penagihan: Panduan Untuk Pembimbing(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) Abd. Halim Mohd Hussin ; Muhammad Khairi MahyuddinBuku ini diterbitkan sebagai panduan untuk penaja yang juga merupakan pembimbing untuk membantu ahli atau individu yang menjalani proses rawatan dan kepulihan ke arah kepulihan penuh. Antara langkah yang di kupas dalam pendekatan pskospiritual ini ialah penerimaan diri, penyerahan kepada Allah, mengenal diri dan lain-lain lagi.
-
ItemMerintis Dedenai Pulang: Monograf Perjalanan Kepulihan Bekas Penagih Volume 1(Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Malaysia, 2006) Abd. Halim Mohd Hussin ; Roselina Hj. YusufUsaha membantu mereka yang terjerumus dalam penyalahgunaan dadah memerlukan kefahaman yang mendalam.Oleh kerana penagihan dadah merupakan sebuah penyakit yang kronik maka kefahaman tentang masalah dadah ini menjadi lebih luas.Sekiranya kita perihatin terhadap masalah penyalahgunaan dadah maka kita perlu bersedia untuk memahaminya sebelum kita dapat membantu mereka yang terjerbak.Kita perlu meneroka idea-idea baru hasil dari kefahaman yang kita perolehi.Pendekatan-pendekatan dalam pencegahan,rawatan,pemulihan,penjagaan lanjutan,ergantungan dalam keluarga,kesedaran masyarakat bertambha kuat.Namun pendidikan merentas masyarakat adalah merupakan suatu pendekatan penting dalam usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah.Monograf ini memaparkan pengalaman hidup ndividu yang ernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.Wacana ini adalah merupakan sumber yang berguna untuk menyaksikan kejayaan dan memberikan keyakinan bahawa penyalahgunaan dadah mempunyai jalan keluar.Walaubagaimanapun adalah diakui bahawa kefahaman sahaja tidak memadai untuk membantu kepulihan.Penorakaan kepada peningkatan kemahiran dam kecekapan perlu menyusul dan diperbincangkan.Monograf ini merupakan satu permulaan untuk enerokaan ilmu yang lebih bermakna.
-
ItemPencegahan Penyalahgunaan Dadah: Isu dan Prinsip-Prinsip dalam Penyalahgunaan Dadah: Panduan untuk Kaunselor, Guru, Ibu Bapa dan Masyarakat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2010) Abd. Halim Mohd Hussin ; Muhammad Muzafar Shah Mohd RazaliPencegahan dalam penyalahgunaan dadah merupakan salah satu strategi Dasar Dadah Negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara bebas dadah menjelang 2015. Pencegahan juga merupakan satu-satunya harapan yang dapat merealisasikan usaha-usaha pengurangan permintaan dengan menyediakan komuniti berpengetahuan dan mempunyai kefahaman tentang bahaya dadah. Pendidikan pencegahan dalam penyalahgunaan dadah merupakan komponen pembangunan modal insan yang dapat membina sebuah komuniti yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam menangani isu-isu penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti pencegahan dalam penyalahgunaan dadah perulah dilaksanakan berasaskan prinsip-prinsip pencegahan yang boleh menjadi panduan kepada keberkesanan perlaksanaannya. Buku panduan pencegahan penyalahgunaan dadah ini merupakan silah satu usaha ddam mendidik masyarakat bagi melaksanakan program pencegahan dalarn penyalahgunaan dadah berdasarkan pembuktian (evidence-based programs). Usaha-usaha pencegahan juga akan menjadi lebih efektif dengan adanya kolaborasi dan kerjasama erat yang bersepadu dalam kalangan ahli masyarakat, agensi awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan.